Saturday, January 16, 2010

Kemaafan

Bukan senang untuk menjadi seorang yang matang.dan bukan senang untuk menjadi Muhammad Hazmi bin Zakaria..sesetengah orang hanya memandang perwatakan seseorang melalui luaran..tapi tidak mengapa.tidak boleh salahkan mereka.setiap orang mempunyai hak masing-masing untuk menilai.nukilanku ini tidak lagi berkisar tentang luahan perasaan.tiada lagi cerita-cerita sedih yang bodoh dan bosan lagi untuk didengari.hidup ini bukan hanya untuk bercinta.lagi bagus untuk aku fikirkan bagaimana hendak mencari duit.mencari ketenangan.
aku rindu sukanku.aku rindu zaman sihatku.aku lupa akan nikmat yang telah diberikan padaku.kini aku pasti dengan haluan hidupku,aku yakin dengan setiap langkahku.
Kepada yang membenciku,keputusan terletak di tangan anda.samada mahu teruskan atau mahu berdamai.aku terima keduanya.namun aku lebih memilih untuk berdamai.hidup ini terlalu singkat untuk saling bermusuhan.
Kepada yang masih menyayangiku,terima kasih aku ucapkan.sebagai manusia biasa dan hamba Allah yang lemah lagi hina,aku juga tersungkur dengan permainan syaitan.terima kasih kerana masih setia bersamaku.tidak akan aku lupakan kesetiaan anda semua.seikhlas hatiku mengatakan aku amat menghargai kesetiaan kalian.
Sedar tak sedar sudah hampir lima bulan aku di tempat asalku.setiap hari aku pandang sekolah lamaku.setiap hari aku teringat kenangan lamaku.dan setiap hari aku menyesali setiap perjalanan hidupku.sentiasa mengambil jalan yang salah.sentiasa memesongkan diri dari jalan yang lurus.sentiasa membantah percakapan kedua ibu bapaku..dan sentiasa tidak berfikir sebelum membuat sesuatu.sekarang sudah tidak berguna untuk menyesal.cuma pandang kehadapan dan teruskan kehidupan.kesilapan dan kesusahan mengajar erti kesabaran dan juga memberi definisi kehidupan yang sebenar.
Selamat tinggal kenangan.selamat tinggal masa silamku.kini aku pergi jauh.jauh meninggalkan kalian.selamat tinggal memori indah.sekarang masa untuk membina kehidupan yang stabil serta di redhai,diberkati dan disenangi bukan saja oleh Yang Maha Esa,juga oleh kedua ibu bapaku..semoga berjaya untuk diriku sendiri..
4.15 a.m...masa untuk ketandusan idea akibat keletihan yang maksimum dan juga mata yang semakin sengsara menahan perasaan mengantuk.cukup sudah dengan segala penulisan yang merepek dan berteraburku ini.maaf ku pinta sekiranya sebelum ini aku banyak membuat kesilapan dan aku tahu,segala kesilapan itu datang dari aku..bukan dari kalian.salam malam.moga bertemu lagi dan selamat menempuh hidup yang amat pedih ini.sekian.




1 comment:

  1. assalamualaikum...
    tahniah kwanku...bguslah klau itu yg kita fikirkan...sebagai kwan sya menyokong kamu sepenuhnya, mudah2an kita sama2 dapat menjadi hamba yang lebih baik kepadaNYA,,,insyaAllah...mohon maaf dri saya atas apa shaja kesilapan.assalamualaikum

    ReplyDelete