Monday, February 21, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah

20.02.2011
Salam Alaik..


Pagi-pagi lagi dah bangun sebab hari ini aku ade kursus jenazah di Masjid Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang, Port Dickson. Kalau nak diikutkan aku sepatutnya ditugaskan sebagai urusetia tetapi memandangkan semuanya sudah di aturkan jadi aku hanya menjadi pemantau sahaja. Banyak ilmu yang aku perolehi hari ini. Sempat juga aku mengambil beberapa gambar untuk dijadikan kenangan serta pengajaran kepada kita semua..ini antara gambar-gambar yang sempat di ambil semasa praktikal memandikan sera mengafankan jenazah.

Model jenazah dibaringkan


Kain kafan dipotong



Jenazah diukur dari kepala hingga ke kakinya



Penyediaan tempat untuk jenazah dikafankan







Jenazah mula dimandikan
















Jenazah dikeringkan seterusnya dibawa ke tempat untuk dikafankan













 Akhirnya jenazah disembahyangkan



Begitulah serba sedikit ilmu yang diperoleh semasa kursus ini. Terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson di bantu oleh warga masjid dan penduduk Kampung Sungai Raya kerana telah menjayakan program ini.


5 comments:

  1. HAHA . memang best kalau dapat belajar . Alhamdulillah . Bagus2 .

    ReplyDelete
  2. Good no osven zatova stavali za nellowin ili za nesto drugo i kolko sa holemi , shiroki , dalgi , beli carshafi - cakam odgovor ok

    ReplyDelete